Alhamdullillah,syukur kehadrat Allah SWT, sambutan Maulidur Rasul 1438 H peringkat Kampung Felda Bukit Besar dapat dijalankan seperti yang dirancang dengan temanya “UKHUWAH ISLAMIYYAH PENYATUAN UMMAH”.
Sambutan ini telah dilaksanakan pada hari sabtu, 14 januari 2017. Terdapat pelbagai pengisian program yang dijalankan antaranya adalah futsal belia, pertandingan mewarna kanak-kanak dan dewasa, pertandingan nasyid, rewang sekampung, perarakan dan ceramah agama yang disampaikan oleh ceramah jemputan.
Tambahan lagi, Y.B Dato’ Sri Dr. Dr Adham Bin Baba, ADUN Pasir Raja juga turut serta berarak bersama penduduk Kampung Felda Bukit Besar semasa sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.


































