mcmc
Kisah Kejayaan

Q4-2024-CELIK ICT-NORHAIZA BINTI MAMAN

CELIK ICT-NORHAIZA BINTI MAMAN

Nama : Norhaiza Binti Maman
Umur : 55 Tahun
Ahli : 2022

Latar Belakang :

Puan Norhaiza merupakan Setiausaha GPW, beliau merupakan Ahli Aktif NADI. Pada permulaan, Tahap Penguasaan Puan Norhaiza dalam bidang ICT pada tahap sederhana mahir dan masih dalam peringkat awal pengetahuan mengenai ICT.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan NADI :

Sebelum menghadiri kelas ICT di NADI, Puan Norhaiza tidak tahu mengenai Microsoft, IT dan banyak meminta bantuan anaknya untuk membuat Laporan Setiausaha. Tahap pengetahuan Puan Norhaiza berada dalam keadaan terlalu sederhana dan kurang pandai menggunakan papan kekunci.

Selepas pengunaan ICT/Penglibatan NADI:

Sejak mengikuti kelas ICT di NADI Felda Bukit Besar dan sering datang untuk belajar mengenai ICT dan kemahiran Komputer. Puan Norhaiza dapat membuat Laporan GPW sendiri, Laporan itu juga dibuat secara bergambar dan semakin Mahir menggunakan Microsoft Word. Beliau juga sering datang menyelesaikan Tugasan Laporan GPW di NADI dan mahir dalam menggunakan Aplikasi Microsoft Word tanpa perlu dipantau.