CELIK ICT-SITI NUR SAKHINAH
Nama : Siti Nur Sakhinah Binti Abd Hamid
Umur : 30 Tahun
Ahli : 2013
Latar Belakang :
Puan Sakhinah merupakan ahli Aktif NADI Felda Bukit Besar sejak tahun 2013 lagi. Beliau sering berurusan dan datang ke NADI dengan memanfaatkan segala kemudahan dan Program yang dianjurkan di NADI Felda Bukit Besar. Selain itu, Puan Sakhinah sering menggunakan komputer untuk mengedit gambar di Capcut dan Canva dengan bantuan petugas NADI.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan NADI :
Sebelum menghadiri kelas Canva di NADI, Puan Sakhinah hanya mempunyai pengetahuan asas tentang cara mengolah gambar.
Selepas pengunaan ICT/Penglibatan NADI:
Sejak mengikuti kelas Canva dan AI, Puan Sakhinah telah pandai edit menggunakan AI dan ChatGPT. Puan Sakhinah mengambil tempahan mengedit gambar dan kad kahwin. Setelah belajar lebih mendalam, Puan Sakhinah mahir membuat video pertunangan dan perkahwinan. Pelanggan beliau amat berpuas hati dengan hasilnya. Semoga Puan terus berjaya di masa hadapan, In Shaa Allah.