mcmc
Kisah Kejayaan

Q1-2025-CELIK ICT-MULIA ATIKAH BINTI SAÁDON

CELIK ICT-MULIA ATIKAH BINTI SAÁDON

Nama : Mulia Atikah Binti Saádon
Umur : 25 Tahun
Ahli : 2021

Latar Belakang :

Puan Atikah merupakan seorang Pengguna NADI yang bekerja sendiri, beliau merupakan Ahli Aktif NADI. Pada permulaan, Puan Atikah sering datang ke Nadi untuk membuat Surat dan Resume untuk pelanggannya dengan menggunakan Microsoft Word. Petugas memaklumkan kepada Puan Atikah tentang kelebihan Ahli Nadi dan Nadi juga ada membuat Kelas Mahir Microsoft, kelas Canva dan lain-lain. Puan Atikah berminat dan hadir setiap kelas yang diadakan.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan NADI :

Sebelum menghadiri kelas ICT di NADI, Puan Atikah tidak mahir dalam Penggunaan Microsoft dan Canva. Puan Atikah hanya tahu menaip dan tidak tahu fungsi-fungsi komputer, Kelebihan Microsoft dan lain-lain. Resume yang dibuat juga adalah biasa kerana menggunakan word sahaja.

Selepas pengunaan ICT/Penglibatan NADI:

Sejak mengikuti kelas ICT dan Canva di NADI Felda Bukit Besar, serta sering datang untuk belajar mengenai ICT dan kemahiran Komputer. Puan Atikah dapat membuat surat dengan lebih profesional dan mengikut format. Selain itu, Puan Atikah sudah mahir menggunakan Canva untuk menghasilkan Resume yang menarik dan Profesional. Selain itu, Puan Atikah memaklumkan, Pelanggannya memuji Resume yang dibuat cantik dan padat seterusnya menambah Pendapatan sampingan Puan Atikah.