

Salam NADI Keusahawanan,
Dimaklumkan bahawa Program NADI Keusahawanan – Pencarian Ikon Usahawan NADI 2026 kini telah bermula.
Pengenalan Program
Peserta akan mengikuti modul latihan yang merangkumi:
Perancangan Perniagaan
Perancangan Kewangan
Pemasaran
Operasi Perniagaan
Petugas NADI boleh merujuk kepada poster aktiviti yang dilampirkan bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan program.
Syarat Penyertaan
Kriteria peserta adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia
Berumur 18 hingga 60 tahun
Berdaftar sebagai ahli NADI
Individu yang sedang menjalankan perniagaan (produk atau perkhidmatan)
Syarikat berdaftar atau belum berdaftar adalah layak menyertai
Mempunyai komitmen terhadap pertumbuhan perniagaan / syarikat
Bersedia menghadiri semua sesi aktiviti yang telah disusun termasuk Video Pra Latihan, Podcast dan Webinar.
Bagi yang berjaya melengkapkan semua modul akan menerima sijil penyertaan.
Sebarang pertanyaan hubungi Nadi Felda Bukit Besar di talian 0196466960.