Pada akhir bulan Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Felda Bukit Besar telah menggantikan Papan Tanda atau ‘Signage’ PIK dengan Signage yang baru. Sesi pemasangan Signage tetap dilakukan walaupun keadaan cuaca yang kurang baik. Proses pemasangan Signage dilakukan di beberapa tempat sebagai tanda arah untuk ke PIK. Hal ini akan memudahkan komuniti untuk datang ke Pusat internet bagi mendapatkan perkhidmatan di sini. Perbezaan Signage PIK dengan yang lama ialah tulisan jawi. Hal ini kerana untuk memperkasa tulisan jawi yang semakin hilang ditelan dek zaman. Selain itu, pihak kami berharap bahawa tulisan jawi akan sentiasa kekal dan menjadi keutamaan dalam penulisan di Malaysia. Akhir sekali, proses pemasangan Signage ini adalah berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat memartabatkan tulisan jawi pada masa akan datang.
Galeri Foto
November 9, 2021




