Utama

PEMAKLUMAN & JEMPUTAN PROGRAM SIRI CYBER HYGIENE 📢

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Program Siri Cyber Hygiene kini kembali dilaksanakan untuk anda!

🔐 Dalam era digital hari ini, telefon pintar bukan sekadar alat komunikasi, malah menyimpan pelbagai maklumat penting seperti akaun perbankan, media sosial, emel dan data peribadi. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan peranti yang digunakan sentiasa berada dalam keadaan selamat daripada ancaman siber.

Justeru, kami menjemput seluruh komuniti untuk menyertai sesi yang padat dengan ilmu dan aktiviti praktikal bagi meningkatkan tahap keselamatan peranti masing-masing.

📅 Tarikh: 18 Jun 2026
⏰ Masa: 3.00 Petang – 4.00 Petang
💻 Platform: LMS Cybersecurity

✨ Apa yang anda akan pelajari?
✅ Tutorial langkah demi langkah menyemak tetapan keselamatan aplikasi telefon pintar
✅ Cara mengenal pasti kata laluan yang lemah dan kaedah menghasilkan kata laluan yang lebih selamat
✅ Tips melindungi data peribadi daripada ancaman siber dan penipuan dalam talian
✅ Amalan keselamatan digital yang mudah tetapi berkesan untuk kegunaan harian

👥 Sasaran Peserta

Berumur 17 tahun ke atas
Ibu bapa
Usahawan
Pengguna telefon pintar

📌 Syarat Penyertaan
✔️ Berdaftar sebagai ahli NADI
✔️ Membawa telefon pintar sendiri untuk sesi praktikal secara langsung

🎯 Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program yang bermanfaat ini. Keselamatan siber bermula daripada pengguna, dan langkah kecil yang dipelajari hari ini mampu melindungi anda daripada risiko besar pada masa hadapan.

📲 Daftar sekarang dan ajak keluarga serta rakan-rakan untuk turut serta!

“Peranti Selamat, Data Terpelihara, Pengguna Lebih Berwaspada.” 🔒

NADI #NADICybersecurity #CyberHygiene #KeselamatanSiber #BijakDigital #CyberAwareness #KeselamatanPeranti #KomunitiDigitalSelamat

Laporan Warga Emas Celik IT

February 14, 2019 Laporan Aktiviti

Tarikh : 7 Februari 2019 Masa : 9:00 pagi – 11:00 pagi Lokasi : Ruang Pusat Internet Felda Bukit Besar Peserta : 1 0rang Tujuan Petugas membantu salah seorang warga […]

Baca lanjut →

Laporan Asas Power Point Kategori Pelajar Sekolah menengah

January 31, 2019 Laporan Aktiviti

Tarikh : 30 Januari 2019 Masa : 3:00 petang – 5:00 petang Lokasi : Bilik Belajar Pusat Internet Felda Bukit Besar Peserta : 5 0rang Tujuan Salah satu aktiviti untuk […]

Baca lanjut →

Laporan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kg Felda Bukit Besar

Tarikh : 27 Januari 2019 Masa : 8:00 pagi – 5:00 petang Lokasi : Masjid Ar-Rahman Felda Bukit Besar Peserta : Lebih 100 0rang Tujuan Pusat Internet Felda Bukit Besar […]

Baca lanjut →

Laporan Kelas Asas Intel Kategori Murid Sekolah Rendah (Fasa 1)

Tarikh : 18 Januari 2019 dan 25 Januari 2019 Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari Lokasi : Bilik Belajar Pusat Internet Felda Bukit Besar Peserta : 7 0rang […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya