Utama

Trainer NamaDateDayTimeProgram TitleProgram Description
Ts. Venushini A/P Rajendran8-JulWednesday2-5pmJom Jadi Kreatif Dengan AI!Peserta akan mempelajari cara berinteraksi secara berkesan malalui AI Generatif yang membolehkan mereka menghasilkan kandungan berkualiti tinggi seperti teks, pembentangan, imej, kandungan media sosial, laporan dan projek kreatif dengan lebih cekap. Melalui demonstrasi interaktif dan latihan praktikal, peserta akan memahami bagaimana AI dapat membantu dalam projek akademik, profesional, keusahawanan dan peribadi, di samping meningkatkan kesedaran tentang penggunaan AI yang bertanggungjawab dan beretika.
Ms. Suraya Binti Md Suyod15-JulWednesday10am-12pmJadi Pelajar Pintar Dengan AIWebinar ini bertujuan memperkenalkan peserta kepada asas AI Generatif serta potensinya dalam menyokong proses pembelajaran. Peserta akan memahami konsep dan kegunaan AI, mempelajari amalan penggunaan AI secara beretika dan bertanggungjawab, serta menguasai teknik menghasilkan prompt yang berkesan bagi mendapatkan respons yang berkualiti. Selain itu, webinar ini turut memberikan pendedahan kepada aplikasi praktikal AI sebagai alat sokongan untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran, produktiviti, dan kemahiran belajar secara kendiri.
Ts. Dr. Anusuyah A/P Subbarao23-JulThursday230-430pmMEMPERKASA KOMUNITI: JANA PENDAPATAN DENGAN AIBengkel dalam talian selama 2 jam yang mendedahkan komuniti kepada cara menggunakan kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT dan Canva AI untuk menjana pendapatan, menghasilkan bahan pemasaran, dan meningkatkan produktiviti perniagaan. Melalui 5 modul praktikal, peserta akan belajar mengenal pasti peluang pendapatan, mencipta bahan promosi yang boleh terus digunakan, serta membina pelan tindakan ringkas untuk memulakan atau menambah sumber rezeki mereka.
Ms. Amirul Azuani Binti Romle28-JulTuesday2-5pmAI Smart Study Lab: Belajar Lebih Bijak dengan AIAI Smart Study Lab merupakan sebuah webinar interaktif selama 3 jam yang direka khas untuk membantu peserta memahami asas AI Generatif serta menguasai teknik menggunakan AI sebagai pembantu pembelajaran pintar. Peserta akan didedahkan kepada kaedah menghasilkan prompt yang berkesan, membuat nota pembelajaran, meringkaskan artikel, menjana soalan latihan, merancang jadual ulang kaji serta meningkatkan produktiviti akademik menggunakan pelbagai alat AI.
Program ini bukan sekadar sesi perkongsian teori, malah turut menampilkan demonstrasi secara langsung (live demo), aktiviti hands-on, latihan praktikal, kuiz interaktif dan sesi soal jawab bagi memastikan setiap peserta memperoleh pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan serta boleh terus diaplikasikan dalam pengajian harian.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Nadi Felda bukit besar 01964646960.

Terima kasih.

LAPORAN KELAS ASAS USAHAWAN DAN PEMASARAN MENGGUNAKAN PLATFORM SHOPEE

August 10, 2020 Laporan Aktiviti

Tarikh : 24 julai & 25 julai 2020 Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Bukit Besar Peserta : 9 orang Tujuan Membantu usahawan-usahawan baru […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya