mcmc
Kemudahan Awam

MASJID JAMEK AR-RAHMAN BUKIT BESAR

MASJID JAMEK AR-RAHMAN FELDA BUKIT BESAR

Masjid Jamek Ar-Rahman Felda Bukit Besar terletak bersebelahan dengan Sekolah Agama Felda Bukit Besar. Selain itu, kedudukan masjid ini strategik kerana berdekatan dengan bangunan Pejabat Pos, Balai Polis, Pusat Internet Komuniti, Gelanggang Futsal dan lain-lain. Hal ini memudahkan komuniti setempat untuk menunaikan solat di Masjid tersebut. Jarak Masjid dari Pusat Internet Komuniti ialah 250 meter sahaja.