
KLINIK KESIHATAN BUKIT BESAR, FELDA BUKIT BESAR
Klinik Kesihatan Bukit Besar ialah suatu kemudahan kesihatan awam kecil yang ditubuhkan untuk memberikan rawatan kepada pesakit setempat. Klinik ini menjadi tumpuan kepada Empat Gugusan Felda iaitu Felda Bukit Besar, Felda Bukit Ramun, Felda Pasir Raja dan Felda Sungai Sayong untuk mendapatkan rawatan ringan seperti demam, selsema dan sebagainya. Lokasi Klinik juga adalah strategik kerana berhampiran dengan kemudahan asas awam yang lain. Jarak Klinik Kesihatan Bukit Besar dengan Pusat Internet Komuniti ialah 400m sahaja.