KELAS KEUSAHAWANAN SHOPEE PEDi FELDA BUKIT BESAR
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pada 21 & 22 Januari 2022 (Jumaat dan Sabtu), Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar telah mengadakan Program Kelas Keusahawanan Shopee 2022. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu dan mebuka peluang kepada komuniti di kawasan PEDi Felda Bukit Besar untuk memulakan perniagaan dengan SSM. Selain itu, pihak PEDI juga mengajar cara-cara untuk berniaga di dalam laman web Shopee yang menjadi satu platform utama dalam penjualan pada masa kini. Seterusnya, pihak PEDi juga akan mengajar satu persatu dan membimbing para peserta dalam memasarkan produk mereka melalui modul ini. Akhir sekali, pihak PEDi berharap modul yang telah diajar dapat membantu serba sedikit mengenai teknik-teknik untuk memulakan pernigaan di Shopee dan seterusnya lebih yakin dengan adanya SSM.
#KelasKeusahawanan
#Shopee
#SSM










