



SEMBANG SANTAI BERSAMA KOMUNITI FELDA GUGUSAN TAIB ANDAK
30 Jun – Komuniti Madani Felda Bukit Ramun hari ini menganjurkan Bengkel Mengendalikan Alat Siaraya sempena Program Sembang Santai Jiwa@Komuniti Madani bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Bukit Besar.
Taklimat berkaitan Alat Siaraya telah disampaikan Encik Zahari Hashim, Juruaudio Visual Pejabat Penerangan Daerah Kota Tinggi kepada ahli jawatankuasa Masjid & Surau sekitar Felda Gugusan Taib Andak.
Terima kasih kepada Tuan Haji Hazman Ismail, Ketua Komuniti Madani Felda Bukit Ramun serta seluruh warga komuniti yang telah menjayakan program ini.