mcmc
Galeri Foto

AKTIVITI SEPANJANG FEBRUARI DAN MAC 2021

Berikut antara aktiviti-aktiviti bersama komuniti sepanjang PKP dan PKPB pada Februari, dan Mac 2021 yang mana kami harus mematuhi SOP pencegahan Covid-19. Selain itu pengguna harus membuat janji temu awal kepada petugas jika ingin berurusan di dalam PIK atau menggunakan PC. Ada komuniti yang bising dan mempersoalkan dan ada yang berkecil hati apabila petugas tidak membenarkan masuk ke dalam PIK.

Maafkan kami warga komuniti dan semua yang terkesan, semua ini berlaku kerana anda, kami dan semua orang wajib patuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa demi menjaga kemaslahatan semua pihak. Jika tiada aral PIK akan merancang program-program khas dalam memperkasa Pusat Internet Komuniti bersama anda semua dan komuniti setempat sedikit masa lagi inshaallah.