CELIK ICT-SALIAH BINTI RABU
Nama : Saliah Binti Rabu
Umur : 55 Tahun
Ahli : 2009
Latar Belakang :
Puan Saliah merupakan ahli Aktif NADI Felda Bukit Besar sejak tahun 2009 lagi. Beliau sering berurusan dan datang ke NADI dengan memanfaatkan segala kemudahan dan Program yang dianjurkan di NADI Felda Bukit Besar. Selain itu, Puan Saliah juga merupakan ahli NADI yang sering menyertai kelas yang dianjurkan di NADI Felda Bukit Besar. Puan Saliah merupakan Bendahari GPW, Guru PLK Felda dan Pengerusi KOSPEN felda bukit besar.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan NADI :
Sebelum menghadiri kelas ICT di NADI, Puan Saliah hanya tahu asas komputer sahaja. Puan Saliah hanya tahu menaip dan tidak tahu fungsi-fungsi komputer, Kelebihan Microsoft dan lain-lain.
Selepas pengunaan ICT/Penglibatan NADI:
Sejak mengikuti kelas ICT dan EXCEL di NADI Felda Bukit Besar, serta sering datang untuk belajar mengenai ICT dan kemahiran Komputer. Puan Saliah sudah mahir menggunakan Excel dan Word, dan membuat laporan kewangan menggunakan Excel dengan lebih sistematik dan tepat.