LAPORAN PROGRAM MCMC MICROSOFT AI TEACH PERINGKAT NEGERI JOHOR

Laporan Aktiviti | February 21, 2025
TARIKH :8 & 9 FEBRUARI 2025
MASA :8:30 A.M-6:00 PM
LOKASI :ONLINE DI NADI FELDA BUKIT BESAR
PESERTA8 ORANG (MELIBATKAN 20 NADI TERPILIH)

TUJUAN:

Pada 8 & 9 Januari 2025, NADI Felda Bukit Besar telah terpilih untuk menjadi Pusat untuk Program MCMC Microsoft AI Teach Peringkat Negeri Johor. Tenaga Pengajar bagi program ini ialah Ts Dr. Siti Fairuz Nur Sadikan (Merangkap Pensyarah UITM).

Peserta terlibat berasa bertuah dengan Kesudian dan Kehadiran Ketua Pegawai Sektor Pembangunan Industri MCMC, Tn Muhammad Razali Anuar menyampaikan sijil Penyertaan secara fizikal di NADI Felda Bukit Besar. Turut Serta Wakil MCMC Negeri Johor Pn Nurzie binti Ibrahim serta para Pegawai MCMC HQ dan Wilayah Selatan yang turut serta dalam majlis tersebut.

Semoga dengan Ilmu Ai yang telah dipelajari menjadi asbab ilmu tersebut terus berkembang terutama kepada masyarakat luar bandar khususnya di Felda.

#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#MicrosoftAITeach
#negerijohor
#NADimalaysia
#MCMC
#nadiklusterkotatinggi

Aktiviti:

  • Pengajaran secara online
  • Penyampaian Sijil
  • Jamuan