CELIK ICT- QISYA DARIN ERYNA BINTI MOHD NURISH
Nama : Qisya Darin Eryna Binti Mohd Nurish
Umur : 11 Tahun
Ahli : 2022
Latar Belakang :
Adik Darin Eryna merupakan seorang Pengguna NADI yang bersekolah di SK Bukit Besar, Adik Darin Eryna merupakan Ahli Aktif NADI. Pada permulaan, Adik Darin Eryna sering menggunakan NADI untuk menonton Youtube. Petugas memaklumkan kepada Adik Darin Eryna tentang banyak kelebihan mejadi Ahli NADI dan Adik Darin Eryna sering mengikuti Program yang dianjurkan oleh NADI Felda Bukit Besar.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan NADI :
Sebelum menghadiri Kelas dan Program di NADI, Adik Darin Eryna tidak mahir menggunakan komputer dan Petugas sering membantu Adik Darin Eryna untuk membuka Youtube dan lain-lain. Adik Darin Eryna juga tidak pandai menggunakan keyboard dan tiada asas dalam penggunaan Komputer serta ICT. Petugas memaklumkan kepada Adik Darin Eryna untuk datang ke NADI untuk belajar dan Adik Darin berminat mengikuti kelas di NADI.
Selepas pengunaan ICT/Penglibatan NADI:
Sejak mengikuti kelas ICT dan Program NADI di NADI Felda Bukit Besar, adik Darin Eryna telah pandai membuka sendiri laman web youtube, menggunakan microsoft word untuk menaip bagi buat buku skrap pelajar, menggunakan Google Chrome untuk mencari bahan2 dan gambar kerja Sekolah sendiri. Adik Darin Eryna juga selalu mengikuti kuiz dan kahoot yang dianjurkan NADI, dan nampak peningkatan dalam Pembelajarannya. Petugas NADI juga sering memaklumkan bahawa terdapat Chanel Youtube Pembelajaran yang boleh Adik Darin Eryna tonton untuk menambah ilmu tambahan dan Cemerlang dalam Pembelajaran. Alhamdulillah, adik Darin Eryna ada sedikit peningkatan dalam Peperiksaannya baru-baru ini.