mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN LAWATAN TABIKA KEMAS KE PEDi

Tarikh : 12 December 2023
Masa : 11:00 pagi – 1:00 petang
Lokasi : PEDi Felda Bukit Besar
Peserta : 36 Murid Tabika & 10 Orang Guru Pengiring
TUJUAN:
Pada 12 Disember 2023, Anak-anak Tabika Kemas yang terdiri daripada 36 Orang Murid telah membuat Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar. Lawatan ini sedikit sebanyak dapat memperkenalkan anak-anak Tabika Kemas mengenai kepentingan PEDi dan kegunaan PEDi sebagai tempat Belajar bagi kanak-kanak. Petugas juga menerangkan serba sedikit mengenai Komputer dan cara penggunaannya terutamanya sebagai alat untuk Belajar. Kanak-kanak Tabika Kemas dapat menggunakan Youtube Kids untuk belajar membaca dan mengira. Petugas juga membawa kanak-kanak Tabika untuk melihat Ruang Pedi, ruang belajar dan ruang ulangkaji yang disediakan di sini. Selain itu, terdapat juga sesi soal jawab dengan kanak-kanak Tabika.
 
AKTIVITI:
– Kuiz
– Cara Guna Komputer
– Lawatan Ruangan PEDi
– Nyanyian Lagu Tabika