mcmc
Maklumat PI

Maklumat NADI Felda Bukit Besar

 

NADI merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Nama NADI                                            : NADI Felda Bukit Besar (operasi pada 2009)

Alamat                                                  : No 1 & 2 Kedai JKKK, Jalan Titiwangsa, Felda Bukit Besar

                                                              81450 Ulu Sungai Johor, Johor

Email                                                    : am.feldabukitbesar@gmail.com

Facebook                                               : NADI Felda Bukit Besar

Peranan NADI adalah sebagai Pusat Sehenti untuk;

1.Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.

2.Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.

3.Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.

4.Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

Fokus NADI tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Justeru, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di NADI supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.

KENALI PETUGAS NADI :

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. 

PENGURUS NADI FELDA BUKIT BESAR

 
Nama : Mohd Huzairy Bin Mohd Buang
Mula berkhidmat : 1 Januari 2009
Pendidikan Tertinggi : Sarjana Pendidikan, Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan
 
 
PEN. PENGURUS NADI FELDA BUKIT BESAR
 
 
Nama : Nurkhalilah Binti Mahmoda
Mula berkhidmat : 07 Oktober 2021
Pendidikan Tertinggi : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian