mcmc
Galeri Foto

PROGRAM K-KOMUNITI (LITERASI KEWANGAN KOMUNITI) KERJASAMA PEDi DAN AGENSI

Pada 8 March 2022 (Selasa), Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Besar (PEDi) telah melaksanakana Program Kerjasama PEDi bersama KEMAS Daerah Kota Tinggi dan Pusat Giat Mara Kulai. Program yang telah dijalankan ialah Program K-Komuniiti (Literasi Kewangan Komuniti). Program ini bertujuan untuk mendidik anak-anak Giat Mara supaya bijak dalam mengurus wang. Pada program ini juga, para peserta diberi penekanan tentang tiga (3) elemen penting dalam pengurusan wang yang bijak iaitu ‘Save, Spend and Share. Menerusi cara ini, murid-murid akan lebih mudah memahami tentang teknik menyimpan wang dengan cara mudah dan efektif. Oleh itu, Konsep yang diketengahkan iaitu “Save, Spend and Share” adalah sangat berguna dan mudah difahami pelajar sekolah. Melalui program begini, ia dapat membentuk tabiat pelajar untuk menguruskan wang dengan betul dari peringkat awal kerana melentur buluh perlulah dari rebungnya.