Pada 10 November 2021, Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Besar telah membantu menyelaras Peperiksaan untuk agensi FELDA yang berdekatan. PIK Bukit Besar telah membantu menyediakan keperluan Jabatan dalam Program Outreach dan Kerjasama Agensi bersama Felda. Bagi menjamin Keselamatan Kesihatan, Pengurusan PIK telah membuat pengubahsuaian kedudukan Komputer. Hal ini demikian kerana ingin memastikan jarak antara semua peserta mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Oleh itu, pematuhan SOP dan keselamatan peserta dapat dikawal dalam situasi pandemik ini. Peserta juga diingatkan untuk mematuhi SOP dan menjaga jarak untuk keselamatan diri masing-masing.



