mcmc
Galeri Foto

KEMUDAHAN MENYELARAS TUGASAN GURU TABIKA KEMAS

Pada 11 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Felda Bukit Besar telah membantu guru-guru Tabika Kemas dalam menyelesaikan Tugasan Pengurusan Tabika. Para guru terdiri daripada Empat buah Tabika Kemas iaitu dari Felda Bukit Besar, Felda Bukit Ramun, Felda Pasir Raja dan Felda Sungai Sayong. Petugas telah membantu para guru dalam menggunakan perkhidmatan yang terdapat di PIK. Petugas juga turut membantu Guru-guru Tabika Kemas untuk menggunakan Microsoft Office, Email dan Google Sheet sebagai platform untuk Penghantaran Laporan Pengajaran kepada Pihak Jabatan. Selain itu, kami juga bertanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan yang digunakan berfungsi dengan baik dan membantu kelancaran Tugasan Pengurusan Tabika tersebut. Di samping itu, PIK tetap menitikberatkan SOP yang telah ditetapkan demi keselamatan dan kesihatan semua.